Kisah QZA

June 5, 2013




Lahir pada 13/5/2013 pada detik 8.34pm dengan berat 3kg. Tetiba dia jadi sangat glamer!! Dialah Qaseh Zara Aishah anugerah Allah.

Menempuh perjalanan hampir 11jam dari Kuala Lumpur seawal 2pagi pada 15/5/2013 menuju negeri yang mama tak pernah jejaki iaitu Kelantan hingga tersesat ke Cameron Highland benar-benar dugaan yang amat besar buat mama dan papa ditambah pula dgn kesihatan papa yang tak menentu. Sepanjang perjalanan, papa sering diserang sakit dada tapi ayat ayat Al-Quran, zikir dan selawat yang sering dibibir papa sangat kuat dalam membantu papa mengharungi dugaan dan ujian Allah dalam memperolehi rezeki yang tidak dijangka ini.

Namun kerna percaya bahawa setiap dugaan itu adalah ujian dari Allah, kami kuatkan semangat, tabahkan hati cekalkan diri untuk tiba ke tempat tujuan. Terasa berdebar-debar..macam mana nak respond..betul ke mama punyer..rasa mengantuk dan penat tiada langsung. Syukur padaMu Ya Allah kerna pertolonganMu kami tiba dengan selamat..Allah sangat permudahkan dan pelihara perjalanan kami ini.

Teman-teman pejabat pun sangat excited dan sangat teruja bila dah tahu kami selamat sampai. Berdebar-debar sungguh!!! Terasa dia sungguh isimewa sebab ramai yang menunggu kehadirannya!!

Kehadiran kami disambut dgn layanan istimewa dari seorang teman pejabat mama. Kerna dialah, impian mama tercapai..terima kasih kakak dan dkc! hingga akhir hayat tidak mungkin budi baik terbalas..

Detik itu tiba untuk melangkah..satu langkah terasa berat..macam mana nak respond ni..sampai di ward akhirnya..ohhh!!!detik jam bagai terhenti..semua orang memandang mama, papa dan kakak doc tu..dalam hati terdetik, ehhh pakaian aku tak kena dengan tempat ke..bila keadaan macam itu, tangan papa juga yang mama cari..support..

Ramainya nurse pula kat sini...disambut dengan senyuman dan pertanyaan..dari KL yer? Senyum je sambil angguk angguk belum geleng geleng. Serba tidak kena...tiada bicara..

Subhanallah!!! Alhamdulillah Ya Allah.. Allahhuakhbar!!! dia dalam pelukan mama!!!! Bergenang airmata!!! Nikmatnya bila memperolehinya dengan segala ranjau dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Dialah Qaseh Zara Aishah anak angkat mama dan kini anak susuan mama!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dia umpama anak syurga mama

May 21, 2013




Entry ringkas mama tadi mesti mengejutkan ramai rakan-rakan mama kan. Terima kasih kerana sudi menumpang kegembiraan dan kebahagian kami. Perasaan gembira kalian benar-benar meresap ke dalam jiwa mama. Dalam hati ada taman bahagia, ada pelangi berkaler, ada sinar mentara..ada kabus menyelubungi.

Seumpama nama Qaseh, dia hadir untuk dikasihi. Terasa kasih sayang buat dia melimpah ruah. Dia hadir seumpama bidadari syurga. Hadir membahagiakan mama dan papa. Ibarat pelanduk dua serupa, dia umpama Mia..raut wajahnya seumpama bidadari itu. Kawan-kawan mama pun kata, Qaseh umpama kakak bidadari syurganya Mia.

Seringkali mama juga tersasul bila bercerita tentang Qaseh. Seringkali nama Mia yang berganti nama Qaseh. Maafkan mama yer Qaseh sebab hampir 6 tahun nama kakak dibibir..dihati dijiwa.

Jangan pernah lupakan yang pertama..itulah pesanan doctor mama minggu lepas..pesanan yang benar2 terpahat dalam ingatan. Mia, tidak kan pernah walau sesaat mama tidak mengingati anak mama. Terima kasih kerana mendoakan mama..adik Qaseh hadir bersama mimpi mama tentang anak syurga mama.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Ya Allah



Masih tidak percaya!!!macam mimpi. Tetiba dia hak mama dan papa!!

Mia, terima kasih kerana mendoakan mama dan papa. Ohhh!!!syukur sangat pada anugerah yang Allah berikan pada kami berdua. Mia anak mama, dia macam Mia! Semua orang kata saling tak tumpah dia dan Mia.

Mia ada adik dah!!!! Namanya Qaseh Zara Aishah. Masa entry ni di buat, ini adalah hari ke 8 dia melihat dunia. Kelu lidah untuk berkata tapi sangat sangat menyenangkan bila dapat memeluk dia walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hadiah Teristimewa

May 12, 2013

Hari ini hari ibu. Mama sangat bangga sebab menjadi anak maktok dan tok ayah. Bangga menjadi isteri papa dan bangga menjadi mama yang mempunyai parut czer!!


Hari ini, kawan mama ajak datang rumah dia makan makan.kawan sekolah rendah yang sekian lama tak bersua. Itulah hadiah kawan mama dan anaknya beri pada mama sempena hari ibu.


Syahdu giler!!! Thanks darling!.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Gebu tak

May 10, 2013

Anak-anak sedara mama yang makin membesar. Humairah si baju merah yang belum cukup setahun tapi dah macam setahun. Omar Dean si anak lelaki yang jarang jumpa maklong dia ni dah semakin pandai dan masih lagi bertatih untuk berjalan. Rindunya maklong.


Berkongsi kesukaan mama pada baby dan kanak-kanak.  Walaupun seronok dan bahagia namun seringkali terselit rasa "bestnya kalau ada anak". Tak terucap di bibir tapi hati bersuara.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts